Sunday 14 June 2020

Rawatan gigi

Hi uolls hari ini saya terdetik nak tulis pasal gigi saya, bermula beberapa hari lepas gigi saya terasa sakit sangat dibahagian graham belakang, saya tak tau sakit apa gigi ini bila makan je benda keras dia sakit macam denyut2 dan ngilu bila tengok cermin tgk gigi tak de apa pun berlubang ke pelik je rasa tp sakit ngilu bila gosok gigi dan minum air sejuk, rasa tak tahan sebab apa gigi mcm ni. Tapi satu malam tu saya geram saya ambik pengcungkil gigi cuba jolok kat belakang graham dekat gigi bungso  tu rasanyer macam ada lubang dalam sangat rasanyer. Rasa tak puas memang kena pegi klinik gigi jugak dalam hati cakap, Hari sudah jumaat klinik kerajaan tak buka sabtu ahad rasa tak tahan gigi sakit terpaksalah pegi klinik swasta cek,saya pegi cek klinik swasta dekat sunway je klinik india, saya paling takut pegi klinik gigi takut sangat sbb gigi kan tapi tekadkan jugak pegi sampai je klinik masuk ada sorang je patient masa tu pukul 1.30 tyalah dekat kaunter tu nak jumpa doktor gigi sakit sangat ni mungkin ada lubang, pastu nurse tu cakap tunggu sekejap dalam 1/2 jam macam tu boleh jumpa doktor, ok pastu dia cakap daftar dulu nanti doktor panggil, aku bugjet dalam rm200-300 je.Dah 1/2 jam patient dah balik turn aku jumpa doktor, ketar lutut jugak , mula2 masuk bilik doktor pastu doc. cakap duduk yer saya nak periksa sebelum tu dia tya sakit kat mana, saya pun cakap gigi graham belakang sakit ngilu dan denyut2 mungkin berlubang kot doktor.Doktor tu senyum dan dia cakap biar saya periksa dulu, cek punya cek rupanya gigi bongsu saya tumbuh tapi senget masuk bawah graham tu sebab itu gigi graham saya ada lubang besar kat belakang , mata saya jadi besar dengar doktor tu cakap, pastu saya cakap boleh ke tampal? Doktor cakap ni tak boleh ada 2 option sama ada cabut kedua gigi atau buat rawatan gigi yang mana boleh selamatkan gigi graham dan buang gigi bungso. Saya pk klu buang dua2 gigi susah saya nak kunyah,saya rasa takut sangat klu gigi tak de, pastu saya tya pasal rawatan gigi berapa kos, doktor tu ckp kos rawatan gigi rm1200 dan boleh mematikan kuman dan akar yang rosak mungkin lepas ni doktor cakap akan ok tp rawatan 3 kali, saya terkedu sekejap mahalnyer tapi pk kerana gigi saya sanggup la daripada sakit berterusan. Nasib doktor cakap boleh bayar 3 kali jadi kali pertama rawatan semalam sabtu 13/6/2020 bayar rm400, sebelum tu doktor xray dulu tengok gigi macamana ,’masa rawatan tu takut jugak sebab doktor cakap buat surgeri kecil dan rasa sakit sikit, ok sekrg time doktor buat rawatan gigi saya lamanyer sejam jugak dia proses, sblm dia mula rawatan dia letak ubat bius dalam mulut saya,rasa sakit dan kebas sikit, saya rasa doktor tu bersihkan lubang tu dengan korek2 dalam tu dan dia buat tampalan sementara dulu. Doktor cakap jangan makan benda keras sebab ni tampalan sementara dan dlm masa 2 minggu datang lagi buat rawatan kedua plak.Saya nak cakap kat sini walaupun doktor tu india tapi sangat baik dan buat keje lembut sangat tak de la sakit sangat buat rawatan tu, dan klu kita rasa sakit boleh bagitau dia, yerla sebab mingkin kita byr mahalkan. Itu saja ulasan saya nanti sambung lagi untuk rawatan kedua plak😊.Sorry takde gambar nak upload